siapa sebenarnye ak padamu ... mungkin sama dengan teman lain yg bisa kau buat begitu ... dan bila tiada lg teman bermain , kau mla mendpatkn ak ... itulah ak pda mu !!! =)

welcome !! nice 2 know u all... =)

welcome !! nice 2 know u all... =)
mmm , bace , bace , bace !! hehe

mengemis kasih - raihan


Mengemis kasih

Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku










APA ITU SIFAT MALU EA ???


SIFAT malu adalah salah satu sifat yang patut ada dalam diri setiap remaja Islam. Bagaimanapun, sifat malu ini mestilah bertempat kerana ada peribahasa Melayu mengatakan, “malu biarlah bertempat.”Kita tidak mahu remaja terhalang mengejar kemajuan oleh sebab sifat malu yang terlalu tebal. Bagaimanapun, pada masa kini keseluruhannya remaja kita sudah tidak mempunyai sifat malu.Sifat malu dapat diistilahkan sebagai berasa aib (hina, rendah) kerana membuat sesuatu yang salah atau tidak sopan, berasa tidak senang melakukan perkara dilarang Allah Manusia diciptakan Allah dengan sempurna, salah satu sifat yang patut ada dalam diri seseorang insan adalah malu terutama sekali berasa malu kepada Allah  jika melakukan perbuatan terlarang.Jika manusia mengetahui Allah  memberikan pelbagai macam kenikmatan kepada manusia seperti kenikmatan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk merasa dan nikmat paling besar berupa iman kepada Allah (SWT).Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaan malu ini harus dimiliki setiap manusia beriman.Jika perasaan malu tidak ada dalam diri seseorang, maka itu suatu alamat kehancuran bagi manusia itu sendiri sebab hilangnya malu akan menarik pelbagai macam perbuatan maksiat dan kerosakan di muka bumi.Bagi remaja, malu adalah kunci mencegah daripada segala yang merosak akhlak. Sifat itu dapat disemai seseorang apabila selalu bergaul dengan orang beriman, berilmu pengetahuan dan mempunyai budi pekerti luhur.Orang yang memiliki rasa malu akan menyesal apabila melakukan perkara ditegah dan ia menunjukkan hati kecilnya hidup, batinnya suci dan bersih.Tetapi sebaliknya, bagi orang yang sudah tidak memiliki rasa malu, dia berasa seronok apabila melakukan perbuatan tidak patut dilakukan sekalipun ramai orang mengetahuinya, bahkan sehingga melanggar kesopanan dan larangan agama.Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar)Islam mengingatkan umatnya supaya memerhatikan rasa malu kerana rasa malu termasuk sebahagian daripada iman, juga menjadi sebab terbentuknya akhlak mulia. Apabila hilang rasa malu akan rosaklah akhlaknya.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu.” (Hadis riwayat Imam Malik)Tokoh Islam, Sulaiman Darani pernah berkata, “seseorang yang berbuat sesuatu perbuatan kerana didorong empat sebab; rasa takut, mengharap pahala, mengagungkan Allah (SWT) dan rasa malu. Semulia-mulia mereka ialah orang yang berbuat kerana malu.”Sikap ini bersumber kepada keyakinan bahawa Allah (SWT) selalu melihat kepadanya pada setiap waktu dan keadaan, rasa malunya berbuat kebajikan lebih besar daripada malunya dalam berbuat kemaksiatan. Manusia yang bersifat seperti ini akan mendapat balasan daripada Allah (SWT).Kita pernah mendengar peribahasa Melayu menyatakan, “Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.” Sifat malu seperti ini tidaklah kita kehendaki dalam masyarakat kerana disebabkan terlalu pemalu sehingga menyusahkan diri sendiri.Apa yang ditegaskan ialah sifat malu melakukan sesuatu bertentangan ajaran Islam. Sifat malu seperti ini amat dituntut dalam pendidikan rohani.Rasulullah SAW adalah seorang yang terlalu baik perangainya, seorang paling mulia akhlaknya, tinggi ketaatan kepada perintah Allah (SWT)dan segala tugas kewajipan kemasyarakatannya serta selalu menahan diri daripada segala larangan-Nya.Diriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri, ia berkata yang maksudnya: “Rasulullah SAW adalah lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Dan apabila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengenal daripada wajahnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Malu sebenar-benarnya adalah ikatan yang tidak dapat dipisahkan dalam hidup beragama kerana antara iman dan malu itu suatu ikatan yang utuh dan tidak dapat dipisahkan antara satu dengan lain.Kajian ahli psikologi menyatakan, sifat malu dapat membantu membaiki akhlak seseorang, sementara sifat pemalu yang tidak betul pada tempatnya boleh menjejaskan imej seseorang. Jika rasa malu hilang maka secara beransur-ansur sifat insannya menurun, sampai kepada darjat yang paling rendah.Oleh itu, asuhan sejak kecil penting kepada anak supaya mereka memiliki sifat malu positif iaitu mengikut ajaran Islam. Tugas ibu bapa mendidik anak dengan menanamkan rasa dan sifat malu dalam diri mereka.Sudah menjadi fitrah kejadian manusia itu sendiri, apabila manusia diberi akal sempurna hilang daripadanya sifat malu, maka ia akan menjadi ganas bahkan lebih ganas daripada haiwan tidak berakal.Manusia yang hilang rasa malu akan berbuat semahunya tanpa mempedulikan adanya aturan dan kesopanan dalam masyarakat, menjadi liar, rakus dan kurang ajar. Tidak hairanlah jika kita mendengar gejala bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan, melakukan perbuatan maksiat, terbabit penagihan dadah, pil khayal yang mengancam remaja dewasa ini.Sudah tentu perkara seumpama tidak akan berlaku jika remaja mempunyai sifat malu, berbudi bahasa, berakhlak mulia dan menjauhkan perbuatan keji ini.Hanya iman yang kuat dalam diri remaja dapat menghindarkan segala perbuatan yang boleh merosakkan diri, bangsa dan negara. Ingatlah remaja hari ini adalah pelapis dan pemimpin negara pada masa depan.INTI PATISifat malu mengikut Islam# Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaan malu ini harus dimiliki setiap manusia yang beriman.# Jika perasaan malu tidak ada dalam diri seseorang, maka itu suatu alamat kehancuran bagi manusia itu sendiri sebab hilangnya malu akan menarik pelbagai macam perbuatan maksiat dan kerosakan di muka bumi.# Bagi remaja, malu adalah kunci yang mencegah daripada segala yang merosak akhlak. Sifat itu dapat disemai seseorang apabila selalu bergaul dengan orang beriman, berilmu pengetahuan dan mempunyai budi pekerti yang luhur.# Orang yang memiliki rasa malu akan menyesal apabila melakukan perkara ditegah dan ini menunjukkan hati kecilnya hidup, batinnya suci dan bersih.# Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.# Islam mengingatkan umatnya supaya memerhatikan rasa malu kerana rasa malu termasuk sebahagian daripada iman, juga menjadi sebab terbentuknya akhlak mulia. Apabila hilang rasa malu akan rosaklah akhlaknya.

sifat malu perlu ada dalam diri kita .. terutamanya wanita :)


Diciptakan wanita dalam bentuk sebaik-baik kejadian dan seindah hiasan di dunia.
Saya cuba membayangkan dunia tanpa wanita, nescaya dunia akan menjadi hambar dan tiada makna.
Begitulah perumpamaan ketinggian nilai seorang wanita. Bagaimana tidak, hampir semua yang dikaitkan dengan dunia adalah berkait rapat dengan wanita khususnya. Lahirnya seorang pemimpin terkemuka dari seorang wanita. Bahkan hadirnya Rasulullah SAW dan semua Nabi melainkan Nabi Adam adalah dari rahim seorang wanita. Pentingnya wanita dalam kehidupan boleh kita lihat dari dambaan Nabi terawal iaitu Nabi Adam tentang kehadiran Hawa, sebagai wanita yang menemani.
Dengan ini, jelaslah bahawa wanita bukan kejadian yang sia-sia. Kita hamba istimewa. Allah SWT menciptakan kita dengan fitrah yang benar-benar diperlukan dunia. Suka untuk saya mengingatkan wanita sekaliannya agar sedar bahawa kita ini kunci harmoninya dunia. Kurangnya kesedaran tentang hakikat ini saya kira merupakan faktor kerosakan dunia yang semakin hari semakin menggugat; yang mana semuanya berpunca dari rosaknya wanita. Fitrah yang dihadiahkan disalah guna malah tidak disyukuri.
Mari kita hayati sejenak ayat dibawah :
فَجَاءتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاء قَالَتْ إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا فَلَمَّا جَاءهُ وَقَصَّ عَلَيْهِ الْقَصَصَ قَالَ لَا تَخَفْ نَجَوْتَ مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (28:25)
Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan, ia berkata: “Sesungguhnya bapaku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan) mu memberi minum (ternak) kami”. Maka tatkala Musa mendatangi bapanya (Syua’ib) dan menceritakan kepadanya cerita (mengenai dirinya). Syu’aib berkata: Janganlah kamu takut. Kamu telah selamat dari orang-orang yang zalim itu

Berdasarkan ayat di atas, mahu saya tekankan bahawa fitrah seorang wanita itu bersifat pemalu. Cantiknya seorang wanita adalah dari sifat malu yang ada di dalam dirinya. Tinggi maruah seorang wanita itu dek sifat malu yang menebal di dalam  jiwanya.
Cantiknya seorang wanita adalah dari sifat malu yang ada di dalam dirinya.
Realitinya hari ini, sifat malu dalam diri wanita makin pudar dek kemodenan dan kebebasan dunia.  Hampir kebanyakan bencana kemaksiatan berpunca dari perempuan yang tidak tahu malu. Setiap wanita khususnya wanita Islam perlu sedar dan mengambil berat akan hal ini.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:  Rasulullah SAW. bersabda:  “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Muslim No.50)
Tingginya nilai sifat malu ini jelas berkait rapat dengan keimanan. Jika hilang malu maka yang lainnya akan turut hilang. Maka wahai wanita Islam, suburkan nurani kalian dengan sifat malu yang menjadi bukti ampuhnya iman kalian. Benarkan syahadah kalian dengan malu yang membentengi kalian dari kehitaman maksiat. Selamatkan dunia dari kerosakannya dengan malu yang menjadi penawar.
Malulah dalam berkata-kata agar yang lahir dari bibir hanyalah yang benar belaka dan tiada fitnah. Malulah dalam bermuamalat agar tiada tunas maksiat dan malulah dalam beribadat agar tertanamnya ruhi yang mantap.
Diriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri, ia berkata yang maksudnya: “Rasulullah SAW adalah lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Dan apabila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengenal daripada wajahnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sedangkan penghulu segala Nabi juga seorang yang pemalu, apatah lagi kita? Renungkan dan amalkan, Insya Allah.